Monday, May 17, 2010

Arwah Pak Uteh dalam kenangan

Assalamualaikum wbt...

Pada hari ini genap setahun pmergian arwah Pak Uteh @ Cik Rahman.. Terlalu cepat masa berlalu, sedar tak sedar sudah setahun rupanya arwah pergi meninggalkan kita semua. Masih lagi terkenang saat-saat arwah masih bersama dengan kita semua. Paling tidak dapat dilupakan di saat pemergian arwah. Pemergian yang boleh dianggap sebagai pemergian yang mengejut walaupun kita semua tahu yang arwah sememangnya mempunyai penyakit asma. Arwah tidak menunjukkan sebarang tanda yang arwah akan pergi meningglakan kita semua. Mungkin  Mak Uteh dapat rasakan tanda-tanda pelik yang arwah akan pergi meninggalkan dirinya.

Sudah ketentuan Ilahi, pada Dia lah kita datang, pada Dia jugalah kita kembali. 17 Mei adalah tarikhnya di mana Pak Uteh telah pergi meninggalkan kita semua.

Al-Fatihah buat arwah. Semoga arwah bersama-sama di letakkan di dalam golongan para syurga.

AMIN....

Wednesday, April 14, 2010

Sambungan ....

Selamat Pengantin Baru Mohd Rashdan....

Assalamualaikum wbt...

Sekadar ingin berkongsi gambar-gambar di hari persandingan Shidan pada 11/4/2010 yang berlangsung di Grand Ballroom Hotel Concorde, Seksyen 9, Shah Alam.



Ada lagi gambar ni...tungguuuuuu!!!

Wednesday, February 17, 2010

Rombongan Menghantar Puan ke Tanjung Karang

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah Puan setuju untuk dihantar berubat di Tanjung Karang, Selangor. Ianya sebagai satu ikhtiar untuk mengubati kaki Puan. Rombongan yang seakan rombongan meminang (hu3) ini telah disertai oleh Pakteh, Makteh serta anaknya Syahmi, Busu, dan keluarga Cik Lah. Kami bertolak dari Kampung Gadek pada pukul 8.15 pagi. Trafik di pagi hari sungguh lancar dan memudahkan kami sampai ke perhentian yang pertama iaitu Petronas Bukit Jelutong pada pukul lebih kurang 10 pagi.

Sepatutnya kami jumpa Pak Usu di Shah Alam, di tempat yang telah dijanjikan, tetapi lebih kurang 10 minit menunggu, kami masih tidak nampak kereta Pak Usu dan kami juga gagal menghubungi Pak Usu. Kami terpaksa teruskan perjalanan tanpa Pak Usu kerana bimbang Puan tidak selesa duduk di dalam kereta agak lama. Perhentian kedua kami adalah di Masjid Kuala Selangor. Cik Minah telah menunggu seawal jam 10 lebih. Kemudian kami bersama-sama berkonvoi ke rumah Wak Muslim iaitu oang yang akan mengubati kaki Puan. Sedang dalam perjalanan ke rumah Wak, Pak Usu berjaya menjejak kami. Hebat sungguh pemanduan Pak Usu..hu3..Oklah tiada idea untuk berblog kali ni. Tengok je la gambar-gambar yang ada yer...




Gambar candid di dalam kereta Pak Teh. Apalah yang Puan buat tu ek? He3. Puan sedang membuat biji asam limau dari mulutnya. ;p..

Ini di Masjid Kuala Selangor. Apa yer nama Masjid ni..lupa lak saya. (^_^)
Orang kuat..Pak Usu mengangkat Puan sebaik kami tiba di rumah Wak Muslim.

"Pengantin" siap sedia untuk berubat...he3

Cik Minah, Mak Teh dan Busu tidak ketinggalan membuat pemeriksaan kaki. Cik Aleh pun sakit gak..sakit pinggang. Lupa pulak nak amik gambar time Cik Aleh berubat, sebab saya sedang menikmati minuman yang disediakan. hu3
Menantu kesayangan Puan....

Pak Tek dengan Cik Lah sakit bahu. Gambar PakTeh tidak dapat diambil kerana sangat censored. : )

Sekian sahaja, Wassalam...