.jpg)
.jpg)
-001.jpg)
mesyuarat terakhir Sambutan Hari Keluarga telah berlangsung pada 28 Jun lalu. Perkara yang disentuh termasuklah Jemputan, Kewangan, Makanan, Hadiah, Aturcara dan permainan.
Untuk sambutan pada 23 ogos ni, acara yang dirancang termasuklah ziarah kubur, solat hajat, tahlil dan Yasin, permainan untuk kanak-kanak dan dewasa, serta agenda utama sambutan iaitu sesi fotografi. Pada sebelah malam, akan diadakan acara penyampaian hadiah selain menyambut hari lahir Hjh Jeliah yang ke 81 (23 Ogos 1927) dan En Roslan Manas yang ke 44 (31 Ogos 1964).
Setakat 6 Julai, jumlah keluarga Manas Zainal & Jeliah Busu adalah seramai 114 orang yang terdiri daripada anak-anak, menantu-menantu, cucu dan cicit. Dan mungkin akan berlaku penambahan kepada bilangan ahli keluarga dalam masa terdekat.Sehubungan itu, diminta kepada ahli-ahli keluarga yang lain untuk update carta keluarga atau maklumkan kepada En Roslan selain update sendiri di laman blog ini.
Adalah diharapkan supaya keluarga yang tidak dapat menghadiri sambutan hari keluarga yang pertama ini untuk menghantar gambar family anda kepada En Rizan atau upload terus ke blog ini untuk dibukukan.
Kerjasama anda amat dihargai dan demi kebaikan generasi akan datang. Renung-renungkan dan selamat beramal...