Sunday, November 23, 2008

lawak kalau mengantuk

LAWAK 1
seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas

"Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."

Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!... ....."
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak

LAWAK 2
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua
tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang . Rasa nak
bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

LAWAK 3
Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.
Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.
Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak:"Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: "Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"
Thank you

LAWAK 4
SEORANG pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya pada penjaga bilik berkenaan.
POLIS : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
PENJAGA : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba di serang strok. Lelaki kedua pula khabar nya menang loteri dan mati di serang sakit jantung, manakala yang ketiga di sambar petir.
POLIS : Ha....kenapa disambar petir pun tersenyum?
PENJAGA : Masa itu dia ingat orang sedang ambil gambarnya

LAWAK 5
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

LAWAK 6
Antara loghat utara
dgn loghat pantai timur,
yg mana lebih munasabah?
jawapannya loghat pantai timur..
cuba perhatikan dialog dibawah..

bahasa malaysia standard:"dia pergi ke rumah jiran
utk mencari emaknya tetapi emaknya tiada disitu.."

loghat utara:"dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia,pi pi mak dia takdak.."

loghat pantai timur:"dio gi ghumoh jire dio nak caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok"

kesimpulan:tak mungkin pipi maknya tiada, tetapi kalau gigi emaknya tiada, mmg munasabah hehehe..

LAWAK 7
Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar. .. tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik! !!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah ke lat e)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga. .. 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman...
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... ..tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

LAWAK 8
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dan dia hanya ada 70 sen semasa itu. Kemudian pemuda itu bertanyakan kepada mamak berapa harga teh tarik panas dan sejuk.Lalu mamak menjawab"Panas 70 sen" dan "Sejuk RM 1.20".Pemuda meminta satu teh panas. Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum tanpa berlengah-lengah lagi. Mamak bertanya lagi kepada pemuda itu kenapa minum begitu cepat. Pemuda itu pun menjawab "kalau saya tunggu lama-lama nanti sejuk tak pasal-pasal saya kena bayar RM 1.20". Mamak tu pun tercenggang- cengang..

honkhonkhonkkkk


LAWAK 9
Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang....
Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.

honkkhonkkhonkk

LAWAK 10
Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun
cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang
yang mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga
orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon
pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir
temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada
telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan
jawapan itu, Johan mengusirnya
keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman
bekerja di bank
hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama
tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada
calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan
tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan
dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir
adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia
telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan
bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari
tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia
hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact
lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan
gelihatinya lalu ketawa besar hingga
jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai
cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh!
Huargh! Huargh! Huargh!"

LAWAK 11
Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"
Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor , datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina , Burma , Vietnam , semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.
"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje....!"

hahahahahahaha

Al-Kisah…..
Sepasang suami isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak. Kami sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan,

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.

Isteri saya secara jenaka mencuit saya dan dalam senyum berkata :
'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.

'Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :
''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '

Sekali lagi isteri saya mencuit saya dan berkata :, 'WOW~~Itu dah lebih dari dua kali seminggu..........Abang boleh belajar banyak dari dia .

'Kami berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :
'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'

Isteri saya menjadi girang dan mencuit saya dengan kuat dan berkata :
'Itu bermakna sekali setiap hari .... Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu
jantan ini " !!!

Saya pun pandang isteri saya dan berkata kepada nya,
" 'Awak pergi tanya lembu jantan ini, selama 365 hari itu, adakah dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA ??
v v v vv v v v
v vvv v v v
v v vvv v

Tektik Penjenayah

For your information ( Very Urgent )

If you meet a guy who rides a motorbike with bloody hand knocking your window demand you to stop and asking for tissue paper to clean the blood when you are driving a car, remember DO NOT stop the car at all. Even how he damages your car or holds the side mirrors tightly also DO NOT STOP the car but directly drive to the nearest police station.This kind of criminal tactics had been reported about 40 cases in Seremban, Kuala Lumpur , Shah Alam, Petaling Jaya and Klang Town police stations (actually around the whole country also happened). These guys are mainly Indian gangsters, They work in a group and dared to commit this criminal even in the crowded area whereby no body will dare to stop the car to help you.The main purpose of this dirty tactic is to rob you and / or even commit rape if you are female driver driving alone.Please forward this message to the people you care about at your best.

Awas ! Jangan Rasuah

WARNING : DON'T OFFER DUIT KOPI FROM NOW ON!

Dear FriendsIf you have ever paid or are thin kin g of paying 'duit kopi' when stopped for traffic or other offences, DON'T EVER think of doing this again.The traffic department (JPJ) has recently started a campaign to get rid of corruption. Every officer on duty will be rewarded with RM100.00 if they report each case of bribery to the department.This is how they do (trick you into) it. They will note down the details of your IC/MyKad, and ask you how you want to settle ('Macam mana nak selesai?') If you indicate yes or even offer to give them any money, they will report the incident by rejecting your 'Kopi Money' and get the RM100.00 instead asan incentive for their integrity and 'Honest' publicity.This means that you will end up having a summon issued to you and pe rhaps a charge for bribery.SO DON'T PAY DUIT KOPI AGAIN, especially if you hope to go free with a lesser amount of money compared to the fine. Even if you want to pay overRM200, the JPJ Officers would rather have a 'good' name than to take your kopi money... Just beware of their trick because the cops are now accumulating 'cookies' points for their promotion and pay increment - with your help of course. They should have done this to stop corruption long time ago... but anyway it's better late than never, right?SPREAD THIS MESSAGE TO EDUCATE OTHERS ON THIS NEW ANTI-RASUAH POLICY!

Wednesday, November 19, 2008

What is a URL? - Blogger Help Center

kita nak cadangkan spy diadakan di hotel yang dekat dan bayarannya mampu dibayar oleh semua orang dan tidak membebankan.Bayaran boleh dibayar secara ansuran ikut kepala.Apa-apapun cuba dptkan pandangan org lain dan lantik pengerusi dan ajk .Kita orang ikut saja asalkan objektifnya baik dan tercapai

Tuesday, November 18, 2008

Sikap suka bertangguh.
"Musuh dan penghalang utama kejayaan kita ialah sikap suka bertangguh( Procrastination) . Pada kali ini saya ingin berkongsi sebab mengapa seseorang itu suka bertangguh.Tabiat suka bertangguh ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa, umur dan kejayaan seseorang.Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka . Pada kali ini saya ingin mengajak para pembaca mengetahui sebab mengapa sikap tangguh wujud dalam diri kita. Kenapa kita bertangguh?
1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita
2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan
3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah
4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar
5) Tidak ada perancangan yang baik
6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri
7) Kita takut untuk berubah.
8) Kita takut gagal
9) Matlamat tidak jelas
10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai
11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.
12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat
13) Melayan sikap malas
14) Amalan tabiat kerja last minutes
15) Kurang dorongan
16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian
17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius1
8) Tiada semangat yang jitu dan mantap
19) Tabiat tidak menghargai masa . masa yang dibazirkan sama dengan umur yang dibazirkan .MASA ADALAH NYAWA ANDA

Hari Keluarga ManasZainal Siri 2/2009

Kepada semua ahli keluarga Manas Zainal, sudilah kiranya dapat mencadangkan idea untuk hari keluarga siri 2/2009. Cadangkan tempat /tarikh/ bayaran dan acara. Harap hari keluarga 2009 ini akan lebih meriah dan bertambah kehadirannya. Merancang lebih awal akan memudahkan urusan kita nanti. sekian.

Sunday, November 9, 2008

Al-Fatihah...

Setiap yg bermula pasti akan ada akhirnya….Setiap yg hidup pasti akan kembali kepada Penciptanya. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Hj Othman (paklong) ke atas pemergiannya pada 6 November 2008. Menurut sumber, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.50pm di Hospital Besar Tampin. Jenazah kemudian dikebumikan pada keesokan harinya, jam 11.00am di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham...Amin

Monday, November 3, 2008

Ahli Baru

Nama: Fariha Irdyna ( x sure spelling btl ke x)
Tarikh Lahir: 26 Oktober 2008
Masa: 7.37pm

Tahniah buat Haniem dan Farizol di atas kelahiran "baby girl" pada 26/10 lalu. Baby girl seberat 3.3kg ini dilahirkan di Hospital Melaka.