Sunday, May 11, 2008

perhimpunan keluarga

perhimpunan keluarga manas zainal + jeliah busu telah dijadualkan pada 23 ogos 2008. sehubungan itu, kepada sesiapa yang mempunyai idea-idea menarik untuk pengisian program tersebut, sila ketengahkan idea anda kepada En Roslan Manas atau En Rizan Baba. Semoga apa yang telah dirancang akan berjalan lancar dan mencapai objektif program. Sementara itu, tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin Hartini dan Arman yang telah bersanding pada 10 mei 2008 dengan suasana yang cukup meriah. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ... Aminnn

1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum....

diharapkan program yang dirancang ini akan berjalan lancar. sekaligus merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara keluarga.

saya mewakili keluarga hjh. patimah bt manas ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepasa semua kerana sudi memeriahkan majlis perkahwinan hartini dan arman sabtu lepas. dalam masa terdekat ni saya akan cuba minta pengantin baru kita bagi komen and upload gambar kahwin dalam blog ni...

terima kasih...

misnadi bin hamzah
haryati binti jamil