Wednesday, June 25, 2008

kehadiran mesyuarat

Ajk yg dijangka hadir pada mesyuarat kali ke-3
1. ROSLAN
2. SHAHARUDIN
3. RAZIF
4. PAK LANG SAAD
5. PAK UDA HASSAN
6. BUSU HALIJAH
7. CIK MINAH
8. PAK UTIH RAHMAN

TAK DPT HADIR
1.RIZAN - sila beri perkembangan terkini tentang buku program dan hadiah dll /siapa nak catat minit malam tu ?
2.MUZRI- jumlah wang yang telah terkumpul setakat ini

kesihatan puan ketika ini kurang memuaskan

Friday, June 20, 2008

Biografi Manas zainal

Dilahirkan di Kampung Gadek , Alor Gajah ,Melaka pada 1.2.1920.Nama bapa Zainal bin Kechek dan ibu bernama Jidah binti Sulung .Berkahwin dengan Patimah @ Jeliah binti Busu.Dikurniakan dua belas orang anak.Tujuh orang lelaki dan lima perempuan.Seorang anak lelakinya bernama Md.Isa telah meninggal dunia ketika berusia setahun setengah di Singapura pada tahun 1952.
Berkhidmad sebagai anggota polis di Singapura . Nombor polis beliau 1163 dan berpangkat kopral.Bersara sebagai anggota polis pada tahun 1965.Keistemewaan beliau boleh berbahasa Tamil,Cina dan Jepun menyebabkan beliau mempunyai ramai kawan.
Meninggal dunia pada 28 Jan 1982 pada pukul 6.15 petang .Meninggal dunia di Hospital Alor Gajah. Di kebumikan sebelum sembahyang Jumaat di Tanah Wakaf Gadek Hilir.Beliau mengidap penyakit lemah jantung .Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang solehin.Amin

Alfatehah

Arwah Manas Bin Zainal


untuk tatapan ahli keluarga Manas Zainal terutama cucu dan cicit, gambar kenangan ini dirakam secara candid ketika arwah sedang makan.

Thursday, June 19, 2008

mesyuarat hari keluarga kali ketiga

Tarikh :28 Jun 2008
Masa : malam
Tempat : Gadek

Agenda 1. Penyertaan ahli
2. Kutipan yuran terkini-bendahari
3. persiapan tempat/alatan/makanan/hadiah
4. jemputan
5 hal-hal lain
Semua Ajk dijemput hadir.Sekiranya ada masalah sila maklumkan segera

Sunday, June 15, 2008

Mungkin awal?

perjumpaan untuk perbincangan mengenai hari keluarga mungkin diawalkan berikutan beberapa masalah yang tak dapek den nak nolong...mungkin 28 jun nih.apa2pun, boleh follow up dgn pakteh roslan...