Friday, June 20, 2008

Biografi Manas zainal

Dilahirkan di Kampung Gadek , Alor Gajah ,Melaka pada 1.2.1920.Nama bapa Zainal bin Kechek dan ibu bernama Jidah binti Sulung .Berkahwin dengan Patimah @ Jeliah binti Busu.Dikurniakan dua belas orang anak.Tujuh orang lelaki dan lima perempuan.Seorang anak lelakinya bernama Md.Isa telah meninggal dunia ketika berusia setahun setengah di Singapura pada tahun 1952.
Berkhidmad sebagai anggota polis di Singapura . Nombor polis beliau 1163 dan berpangkat kopral.Bersara sebagai anggota polis pada tahun 1965.Keistemewaan beliau boleh berbahasa Tamil,Cina dan Jepun menyebabkan beliau mempunyai ramai kawan.
Meninggal dunia pada 28 Jan 1982 pada pukul 6.15 petang .Meninggal dunia di Hospital Alor Gajah. Di kebumikan sebelum sembahyang Jumaat di Tanah Wakaf Gadek Hilir.Beliau mengidap penyakit lemah jantung .Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang solehin.Amin

Alfatehah

No comments: