Wednesday, December 31, 2008

Tahniah!!

Tahniah bagi cucu2 puan yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR lepas. Tingkatkan lagi usaha supaya kejayaan yang datang lebih besar dan berganda.

Harapnya tiada cucu puan yang gagal. Tapi sekiranya ada gagal sekali tidak bermakna anda gagal selama2nya. Usaha lebih agar membuahkan kejayaan.

Berdoa agar cucu2 puan menjadi org2 yang baik dan berguna pada agama, bangsa dan negara.

P/S: takde cucu2 puan yang nak jadi doktor ke...? :p

Monday, December 29, 2008

Majlis Cukur Jambul Cucu Pak Anjang

Hari ini, 1 Muharam 1430 bersamaan dengan 29 Disember 2008, telah berlangsungnya Majlis Cukur Jambul cucu Pak Anjang Saad, Fariha Irdyna anak kepada pasangan Nurhanim dan Farizul di kediaman Pak Anjang di Kg Padang Sebang. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam


Renungan:
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak.

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah 1430H / 2008M untuk semua keluarga Manas + Jeliah serta pengunjung laman blog ini.


Hijrah ataupun perpindahan, biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. ( perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari )

Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam.

Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman.

Hijrah juga membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan.

Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.

Tema bagi sambutan Maal Hijrah 1430 kali ini adalah "Menjana Ummah Gemilang"

Friday, December 19, 2008

Renungan

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya..
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya