Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah 1430H / 2008M untuk semua keluarga Manas + Jeliah serta pengunjung laman blog ini.


Hijrah ataupun perpindahan, biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. ( perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari )

Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam.

Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman.

Hijrah juga membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan.

Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.

Tema bagi sambutan Maal Hijrah 1430 kali ini adalah "Menjana Ummah Gemilang"

No comments: