Wednesday, December 2, 2009

Korban 2009

Assalamualaikum wbt.

Pada 28/11/2009 rumah puan Jeliah telah membuat korban seekor lembu. Jom tengok gambar2 di bawah ni.



Bersungguh-sungguh pak usu memotong tulang lembu tu. Shafiq hanya jadi pemerhati jek. Hu3



Di dapur: Ibu2 sedang sibuk memasak untuk kenduri yang diadakan sebelum Zohor.

Berusaha untuk mendapatkan mata lembu.. :p


Sabar pak uda..!! jangan la marah cik Husin tu. Cik Husin baru nak duduk kejap dah kena marah dengan pak uda pasal tak buat keja...(gurau jek....)


Pak Lang berusaha untuk membuat post mortem ke atas lembu tu. Otak lembu akan dikeluarkan bagi mengenal pasti kematian... :)




Yeah, Pak Lang berjaya mengeluarkan otak lembu. Mulut lembu dipotong untuk dibuat perhiasan.. :p

Kenduri doa selamat berlangsung sebelum Zuhur. Doa dibaca oleh Cik Jamil. Lupa nak ambil gambar lauk pauk yang dah di masak. Memang sedap!!!

Pengantin Baru...

Assalamualaikum wbt.


Inilah gelagat pengantin baru..malu-malu untuk bergambar. (^_^). 

Note: Awal2 kawen ni, pakai baju pun nak sama. Hu3. Kekalkan kemesraan kalian hingga ke penghujung hayat.

Monday, November 30, 2009

Utusan Malaysia : 13/3/2009

SEKITAR MAULIDUR RASUL


Mohd Rizan Baba dan kumpulan dari Jalan 3/18 mengangkat tangan selepas diumumkan johan perbarisan antara lorong sempena Maulidur Rasul  di Taman Bangi Perdana, Selangor.

Pelbagai cara umat Islam di Malaysia menyambut Maulidur Rasul setiap kali menjelang tanggal 12 Rabiulawal yang jatuh pada Isnin lalu.

Selain mengadakan perarakan dan ceramah agama atau pun forum pengkisahan sejarah hidup dan perjuangan Nabi Muhammad SAW, smbutan itu diberi nafas baru melalui beberapa acara mengikut kesesuaian setempat.

Antara yang mengadakan sambutan itu ialah lebih 500 penduduk Islam di taman perumahan Bangi Perdana, Selangor.

Mereka membawa sepanduk puji-pujian terhadap Nabi Muhammad SAW dan slogan 'Muhammad Rasul Penyelemat Ummah dan Wahdah Pemangkin Khairah Ummah' sambil berselawat sepanjang 500 meter menuju ke perkarangan masjid.

Perarakan yang diselangi dengan selawat yang diketuai imam surau, Karim Kecik bertujuan memupuk semangat perpaduan dan silaturrahim di kalangan penduduk tempatan.

Acara kemuncak pada sebelah malam diisi dengan ceramah perdana oleh Ann Wan Seng dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Zamihan Mohd Zin dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Mohd Mestah Anu dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Turut diadakan ialah pertandinagn perarakan, pertandingan azan, iqamat, hafalan, mewarna peringkat kanak-kanak, remaja dan karnival jualan untuk mengisi tabung surau.

Monday, November 23, 2009

Adib berkhatan

Assalamulaikum wbt...



Rizan Baba 43 mententeramkan anak nya Mohd Adib Iqbal selepas berjaya di pujuk ketika cuba melarikan diri di majlis berkhatan beramai ramai di Taman Bangi Perdana Bandar Baru Bangi semalam, Gambar Hayat Sueet.


Note: Gambar di atas diambil dari Utusan Online, 23/11/2009.
Note: Abg Ijan...story la sikit kisah Adib ni... :)

Tuesday, November 3, 2009

gambar lagi..


Seruan Haji

ssalamualaikum wbt..
Pada tanggal 22/10/2009, Cik Lah dan Cik Aleh telah berangkat ke Madinah untuk menunaikan fardu haji. Alhamdulillah, rezeki mereka dapat pergi menunaikan rukun kelima pada tahun ini. Mengikut perancangan, Pak Teh dan Mak Teh juga akan mengerjakan haji bersama, tetapi tiada rezeki buat mereka untuk tahun ini. InsyaAllah mungkin tahun depan hendaknya.
Kini Cik Lah dan Cik Aleh telah berada di Kota Mekah, selepas seminggu berada di Madinah. Alhamdulillah mereka selamat tiba di Mekah selepas 8 jam perjalanan dengan menaiki bas.
Di harap mereka diberikan kesihatan yang baik2 dan dapat mengerjakan haji dengan sempurna.

Bergambar di Kelana Jaya, sebelum Cik Lah dan Cik Aleh berangkat ke Madinah.









Saturday, October 31, 2009

ahli baru keluarga manaszainal

Pada 11 oktober yang lalu Pn Raihan telah mendaftar menjadi ahli baru keluarga manas setelah menjadi isteri kepada Rohaizad Nazri dan selang beberapa hari (14/11/09 ) selepas itu Pn Hanem Farizol telah melahirkan seorang putera bernama Fahim Asyraf pula .Mana kala Pn Hartini mendapat seorang putera juga bernama Mohammad Anas ada bulan Sept.Semoga keluarga ini berkembang dari tahun ke tahun.

IBADAH QURBAN KALI KE-2


ASSALAMUALAKUM
SEMUA AHLI KELUARGA MANASZAINAL DIJEMPUT KE MAJLIS IBADAH QURBAN DI RUMAH PUAN PADA HARI RAYA HAJI KEDUA.MAJLIS KENDURI DOA SELAMAT DAN TAHLIL AKAN DIADAKAN PADA PUKUL 12.30 T/HARI. UNT MAKLUMAN PENYERTAAN UNT QURBAN TELAH DITUTUP .JANGAN LUPA BAWA PERALATAN SPT PISAU/KAPAK.UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI ROSLAN

Tuesday, September 29, 2009

Tahniah!!!

Assalamualaikum wbt...

Tanggal 26/9 telah berlangsungnya majlis pertunangan antara Mohd Rashdan (Shidan) dan Izzah.. Majlis telah berjalan dengan lancar, layanan yang diberi dari pihak perempuan amat memuaskan hati..Menu yang dihidangkan juga cukup menyelerakan. hu3..

Tahniah Shidan..semoga ikatan pertunangan ini akan membawa anda berdua ke jinjang pelamin.

P/S: Shidan..jika x keberatan..share la gambar kat sini...

to sepupu2 yang bakal menghadapi PMR..SELAMAT MENDUDUKI PMR & SELAMAT BERJAYA!!!..kami semua akan mendoakan kejayaan adik2 semua.

to family PakLang..pastinya kalian sedang sibuk menyiapkan persiapan untuk menyambut menantu.. tunggu kan kedatangan kami semua...hu3

Beraya di rumah PakNgah dan MakNgah

Assalamulaikum wbt...

Ini gambar2 yang sempat di ambil semasa di rumah Pakngah dan Makngah...

Cik Husin dan Pak Lang

Menjamu selera di dapur makngah. Menu yang sedap.. :p




SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!

Monday, September 28, 2009

Raya 2009

Assalamualaikum wbt....

Kenangan raya di rumah Puan...




Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARA RAYA semua!!!!!

Salam...

Selamat beribadah di hari-hari terakhir Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Semoga kamu semua bergembira di pagi Syawal nanti tanda kemenangan kita melawan hawa nafsu selama sebulan ini..

Diharap kita semua dapat berjumpa dan berkumpul di rumah Puan Hajjah Jeliah di pagi raya nanti.

Bagi mereka yang memandu,, selamat sampai ke destinasi yang dituju. Berhati2 di jalanraya.

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan al-Mubarak

Kepada semua,

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga di dalam bulan yang mulia ini dapat kita menambahkan segala amal ibadat kita..Amin.

Tuesday, June 2, 2009

Alhamdulillah....finally.......

Salam pada semua,

Alhamdulillah, Keluarga M&J bakal menerima orang baru. Nazdri iaitu anak kepada Pak Anjang bakal melangsungkan pertunangan pada 13 Jun. Bakal tunangnya berasal dari Johol, Negeri Sembilan.

Wah!! Pandai botul cari jodoh yang doket2 yo..Den nghaso hepi sangat2la..a-kau nk tunang dah..lopeh tu plak nikah. Yola..anak buah pun dah nk masuk duo..Elok sangat la tu..Okla tu..!!(gaya Saida Tarudin).

Dongar eh...tunang Nazdri seorang cikgu yang mengajar di Sek Men Keb Pulau Sobang. Ajar subjek Bahaso Inggeris nghaso eh...wah patutla dio (Nazdri) dok speaking London...

Apa2pun, janganlah ikat terlalu lama. Kalau leh cepat2 la. Umur pun makin meningkat..He3.

Tahniah...!!! Akhirnya pintu hati terbuka juga untuk terima seseorang sebagai teman hidup. Semoga berpanjangan...

Wednesday, May 20, 2009

Pak Uteh Rahman dalam Kenangan

Salam pada semua...
Umum (keluarga besar Manas Zainal & Jeliah Busu) sudah mengetahui tentang pemergian Pak Uteh @ Cek Rahman pada tanggal 17/5/2009. Sekali lagi keluarga Manas & Jeliah telah di duga dengan kehilangan insan tersayang setelah permergian arwah Pak Long pada 6/11/2008. Amat berat rasanya untuk 'melepaskan' arwah pergi, namun setiap yang hidup pasti akan pergi jua. Kita seharusnya redha dengan permergian arwah.
Arwah Pak Uteh meninggal dunia dala usia 67 tahun. Arwah sememangnya seorang yang aktif dalam aktiviti2 masjid. Marhaban, bacaan Ya'sin dan lain2. Pada hari kejadian, arwah kelihatan seperti biasa, tiada tanda2 pelik yang ditunjukkan arwah sebelum ajalnya tiba. Pada pagi Ahad, arwah sempat ke Pasar Tani membeli lauk-pauk untuk kepulangan anak dan cucu-cucu yang khabarnya akan balik ke kampung sempena cuti sekolah yang bakal tiba. Arwah sempat juga membeli cat untuk mengecat sebahagian rumahnya. Pada petangnya, kebiasaan Mak Uteh akan memanggil Pak Uteh untuk minum petang bersama, tapi melihatkan Pak Uteh sedang khusyuk menonton TV (klu x salah Pak Uteh tgk rancangan Mari Mengaji) ,Mak Uteh biarkan sahaja Pak Uteh dengan aktivitinya. Seperti biasa Pak Uteh ke masjid untuk menunaikan solat fardhu, selepas solat Isyak, saya difahamkan Pak Uteh ada mesyuarat yang perlu dihadirinya di balai raya. Di situlah (balai raya) terjadinya detik cemas dan akhirnya membawa kepada berita buruk kepada orang sekeliling (org kampung dan suadara mara). Khabarnya, arwah sempat memakirkan kereta di depan balai raya, mungkin pada waktu itu Pak Uteh sedang 'bergelut' dengan penyakitnya (lelah). Ini kerana di tangannya terdapat alat sedut (inhaler) untuk mengurangkan lelahnya..Kebetulan seorang pakcik melalui kawasan dimana Pak Uteh memakirkan keretanya, pakcik itu mengetuk tingkap cermin kereta, tetapi tiada tindak balas daripada Pak Uteh. Keadaan kereta yang tidak berkunci membolehkan pakcik itu melihat keadaan Pak Uteh. Beliau telah memanggil orang2 sekeliling di balai raya untuk melihat keadaan Pak Uteh ketika itu. Salah seorang telah memaklumkan pada suadara terdekat iaitu Pak Lang dan juga Pak Uda. Mereka bergegas ke tempat kejadian. Mak Uteh telah dibawa ke tempat kejadian untuk melihat keadaan Pak Uteh yang telah tidak bernyawa. Pegawai perubatan telah pun mengesahkan kematian Pak Uteh dan akhirnya jenazah dibawa terus ke rumah tanpa membuat pemeriksaan post mortem.
Mak Uteh insan yang paling rapat dengan arwah. Kehilangan arwah amat dirasai. Mak Uteh bergantung 100% pada arwah. Sedih, pilu menyelubungi diri ini. Melihatkan Mak Uteh mengalirkan air mata tatkala jasad arwah di depan mata. Sesekali terlihat Mak Uteh termenung, barangkali memikirkan nasib diri setelah pemergian suami tersayang. Dan akhirnya sekali lagi gugur air matanya. Pada ketika itu jam 2 pagi, Mak Uteh masih menantikan anak tersayang sambil duduk di sisi jasad arwah. Terlalu banyak perkara yang difikirkan Mak Uteh sehinggakan dia tidak senang duduk. Tepat 4.30 pagi, orang yang dinanti tiba. Belum sempat masuk ke rumah, Kak Ila meraung smbil menyebut "abah, abah, abah". Saudara terdekat sebelah Pak Uteh menenangkan Kak Ila. Sedih melihat dua beranak ini berpelukan sambil menangis. Kak Ila tentunya merasa terkilan kerana agak lama tidak berjumpa dengan arwah.
Arwah pergi dengan keadaan yang tenang. Wajah arwah jelas seakan tersenyum. Mungkin pemergiannya dengan cara yang baik iaitu tidak menyusahkan orang disekelilingnya. Cuma kita sahaja seakan tidak bersedia untuk menerima pemergian arwah.
Arwah selamat dikebumikan pada pukul 11.00 pagi, 18 Mei. Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup perlu meneruskan kehidupan seperti biasa. Di sebelah petangnya, telah diadakan majlis tahlil untuk arwah.
Kepada sekalian pembaca blog ini, sama2lah kita sedekahkan AL-Fatihah pada arwah. Tidak lupa juga kepada arwah Pak Long dan juga kepada insan yang telah lama meninggalkan kita. Semoga arwah di tempatkan dalam golongan yang beriman dan mendapat kenikmatan syurga hendaknya. Amin.. AL-FATIHAH...
P/S: Moga Mak Uteh dapat teruskan hidup seperti biasa walaupun tanpa insan tersayang. Amin...

Tuesday, February 3, 2009

Jemputan

Salam.. dijemput semua ahli keluarga Manas Zainal & Jeliah Busu hadir ke majlis pertunangan Syamizi Fitri & Intan Nursyahirah pada 14hb february 2009 ( sabtu )

di alamat Kg Ulu Yoh Baru Tampin, Negeri Sembilan.

semua jemputan di minta berkumpul di rumah pak lang yg dulu nya pak uda di taman pisang mas jaya sebelum zohor.. rombongan akan bertolak ke rumah sobolah pompuan selepas zohor...
sebarang pertanyaan boleh hubungi :

017-6033352 (Syamizi)
017-6808007 ( Pak Lang)

Mengapa WANITA sangat istimewa...???

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Saturday, January 31, 2009

apa kata survey?

Sepanjang Januari 2009, satu survey telah dijalankan bagi mendapatkan maklumbalas mengenai Sambutan Hari Keluarga Manas+Jeliah. Survey dijalankan melalui kaedah mengundi dalam laman blog ini dan bukan undi SMS hah... Keputusannya adalah seperti berikut :

50 % pengundi memilih untuk diadakan pada setiap tahun
12 % pengundi memilih untuk diadakan setiap 2 tahun
37 % pengundi memilih untuk diadakan mengikut keadaan

Apapun keputusannya, terserah kepada Jawatankuasa yang masih lagi dipengerusikan oleh Pakcit Roslan. Semoga segala usaha yang dilakukan dapat menambahkan lagi keakraban sesama keluarga dalam generasi Manas+Jeliah.. Amin ~

Selamat Hari Ulangtahun !!!

Pada bulan Februari, beberapa orang dari kalangan ahli keluarga Manas+Jeliah telah dikenalpasti akan menyambut hari ulangtahun mereka. Dan paling menarik, ibu dan anak menyambut hari ulangtahun pada tarikh sama. Apapun, Selamat menyambut hari ulangtahun kepada mereka yang akan menyambutnya. Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan memperoleh kebahagiaan yang berterusan...Amin ~

1 Februari 2009
Azizan Bin Samad
= 38 Tahun

4 Februari 2009
Nursarah Farihah
= 7 Tahun

5 Februari 2009
Hjh Patimah Binti Manas (MakUteh)
= 54 Tahun

5 Februari 2009
Haryati Binti Hj Jamil
= 29 Tahun

9 Februari 2009
Jariah (MakLang)
= 57 Tahun

9 Februari 2009
Mohd Azwan Nizam Bin Abdul Rahman
= 23 Tahun

10 Februari 2009
Muhammad Akmal Haziq Bin Mohd Rizan
= 14 Tahun

18 Februari 2009
Zaiwati Binti Mohd Masduki
= 30 Tahun

20 Februari 2009
Rosnani Binti Hassan (Maktam)
= 44 Tahun

26 Februari 2009
Mohd Muzri Bin Hj Jamil
= 30 Tahun

Thursday, January 1, 2009

Happy Birthday!

Selamat hari ulangtahun kepada nama-nama di bawah. InsyaAllah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

9 Januari 2009
Habibah Bt Hj Baba
= 40 Tahun

15 Januari 2009
Norhanim Bt Hj Saad
= 26 Tahun

19 Januari 2009
Hj Abdul Rahman Bin Damiri
= 67 Tahun

24 Januari 2009
Mohd Syahmi Bin Roslan
= 18 Tahun

28 Januari 2009
Mohd Shahril Bin Hj Shaharudin
= 27 Tahun

31 Januari 2009
Muhammad Hilman Najwan Bin Mustapa
= 8 Tahun

Selamat Datang 2009

Salam Tahun Baru!! Azam baru,semangat baru...semua baru. semoga tabah hadapi segala cabaran dan dugaan dalam 2009 ni. Survey untuk Sambutan Hari Keluarga tahun 2009 sedang dijalankan. anda bolehlah mengundi sebelum akhir Januari ini.

Selamat Tinggal 2008

Tahun 2008 telah melabuhkan tirainya. Pelbagai kenangan manis dan pahit telah dilalui oleh ahli keluarga Manas+Jeliah. Berikut adalah peristiwa yang terjadi sepanjang tahun 2008.

14 januari 2008
Hj Mohd Muzri telah disambut di KLIA setelah selesai menunaikan fardu Haji

Mac 2008
Laman blog Manaszainal diwujudkan

14 Mac 2008
Penubuhan Jawatankuasa Program Sambutan Hari Keluarga Manas Jeliah 2008 di Kg Gadek

28 Mei 2008
Makcit (dahulunya MakTeh) dimasukkan ke hospital kerana suspek demam denggi

10 Mei 2008
Majlis Perkahwinan anak ketiga pasangan Hj Jamil dan Hjh Patimah, Hartini dengan pasangannya Arman di Kediaman keluarga pengantin perempuan di Kampung Melayu Ampang

2 Ogos 2008
Majlis Pertunangan anak sulung pasangan Hj Shaharudin dan Pn.Ramlah, Shahril di kediaman keluarga perempuan di Bandar Baru Selayang

22 Ogos 2008
kehadiran ahli keluarga baru. Muhammad Adam Issyraf, anak kepada pasangan Azlin dan Ibrizam

23 Ogos 2008
Program Sambutan Hari Keluarga Manas Jeliah yang buat pertama kali diadakan di Kg Gadek. Program bermula 8.30 pagi dan tamat pada 12.00malam itu ternyata meriah dengan kehadiran lebih 70 orang yang terdiri daripada ahli keluarga Manas+Jeliah. Pengumuman baru mengenai pangkat dalam keluarga telah diumumkan secara rasmi pada hari itu.

8 Oktober 2008
kehadiran ahli keluarga baru, Nur Raisha Tasnim anak kepada pasangan Mohd Azuar dan Rosnani

26 Oktober 2008
kehadiran ahli keluarga baru,juga cucu pertama PakAnjang Saad, Fariha Irdyna anak pasangan Norhanim dan farizul

6 November 2008
Hj Othman Manas atau PakLong telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.50 petang di Hospital Besar Tampin. Jenazah dikebumikan pada keesokan harinya pada jam 11.00 pagi di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang.

29 Disember 2008
Majlis Cukur Jambul anak pasangan Norhanim dan Farizul telah diadakan di Kg Padang Sebang. Majlis juga disertai kumpulan marhaban dari kampung tersebut.

30 Disember 2008
Keputusan PMR diumumkan. Cucu/Cicit Manas+Jeliah yang menduduki peperiksaan tersebut ialah Muhammad Faris B.Roslan, Nurul Atiqah Alwani Bt Mohd Rizan dan Mohammad Akmal Hakim B Mohd Nadzir.

* peristiwa di atas adalah berdasarkan info yang telah dimasukkan ke dalam blog ini.