SEKITAR MAULIDUR RASUL
Mohd Rizan Baba dan kumpulan dari Jalan 3/18 mengangkat tangan selepas diumumkan johan perbarisan antara lorong sempena Maulidur Rasul di Taman Bangi Perdana, Selangor.
Pelbagai cara umat Islam di Malaysia menyambut Maulidur Rasul setiap kali menjelang tanggal 12 Rabiulawal yang jatuh pada Isnin lalu.
Selain mengadakan perarakan dan ceramah agama atau pun forum pengkisahan sejarah hidup dan perjuangan Nabi Muhammad SAW, smbutan itu diberi nafas baru melalui beberapa acara mengikut kesesuaian setempat.
Antara yang mengadakan sambutan itu ialah lebih 500 penduduk Islam di taman perumahan Bangi Perdana, Selangor.
Mereka membawa sepanduk puji-pujian terhadap Nabi Muhammad SAW dan slogan 'Muhammad Rasul Penyelemat Ummah dan Wahdah Pemangkin Khairah Ummah' sambil berselawat sepanjang 500 meter menuju ke perkarangan masjid.
Perarakan yang diselangi dengan selawat yang diketuai imam surau, Karim Kecik bertujuan memupuk semangat perpaduan dan silaturrahim di kalangan penduduk tempatan.
Acara kemuncak pada sebelah malam diisi dengan ceramah perdana oleh Ann Wan Seng dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Zamihan Mohd Zin dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Mohd Mestah Anu dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Turut diadakan ialah pertandinagn perarakan, pertandingan azan, iqamat, hafalan, mewarna peringkat kanak-kanak, remaja dan karnival jualan untuk mengisi tabung surau.

No comments:
Post a Comment