Wednesday, May 20, 2009

Pak Uteh Rahman dalam Kenangan

Salam pada semua...
Umum (keluarga besar Manas Zainal & Jeliah Busu) sudah mengetahui tentang pemergian Pak Uteh @ Cek Rahman pada tanggal 17/5/2009. Sekali lagi keluarga Manas & Jeliah telah di duga dengan kehilangan insan tersayang setelah permergian arwah Pak Long pada 6/11/2008. Amat berat rasanya untuk 'melepaskan' arwah pergi, namun setiap yang hidup pasti akan pergi jua. Kita seharusnya redha dengan permergian arwah.
Arwah Pak Uteh meninggal dunia dala usia 67 tahun. Arwah sememangnya seorang yang aktif dalam aktiviti2 masjid. Marhaban, bacaan Ya'sin dan lain2. Pada hari kejadian, arwah kelihatan seperti biasa, tiada tanda2 pelik yang ditunjukkan arwah sebelum ajalnya tiba. Pada pagi Ahad, arwah sempat ke Pasar Tani membeli lauk-pauk untuk kepulangan anak dan cucu-cucu yang khabarnya akan balik ke kampung sempena cuti sekolah yang bakal tiba. Arwah sempat juga membeli cat untuk mengecat sebahagian rumahnya. Pada petangnya, kebiasaan Mak Uteh akan memanggil Pak Uteh untuk minum petang bersama, tapi melihatkan Pak Uteh sedang khusyuk menonton TV (klu x salah Pak Uteh tgk rancangan Mari Mengaji) ,Mak Uteh biarkan sahaja Pak Uteh dengan aktivitinya. Seperti biasa Pak Uteh ke masjid untuk menunaikan solat fardhu, selepas solat Isyak, saya difahamkan Pak Uteh ada mesyuarat yang perlu dihadirinya di balai raya. Di situlah (balai raya) terjadinya detik cemas dan akhirnya membawa kepada berita buruk kepada orang sekeliling (org kampung dan suadara mara). Khabarnya, arwah sempat memakirkan kereta di depan balai raya, mungkin pada waktu itu Pak Uteh sedang 'bergelut' dengan penyakitnya (lelah). Ini kerana di tangannya terdapat alat sedut (inhaler) untuk mengurangkan lelahnya..Kebetulan seorang pakcik melalui kawasan dimana Pak Uteh memakirkan keretanya, pakcik itu mengetuk tingkap cermin kereta, tetapi tiada tindak balas daripada Pak Uteh. Keadaan kereta yang tidak berkunci membolehkan pakcik itu melihat keadaan Pak Uteh. Beliau telah memanggil orang2 sekeliling di balai raya untuk melihat keadaan Pak Uteh ketika itu. Salah seorang telah memaklumkan pada suadara terdekat iaitu Pak Lang dan juga Pak Uda. Mereka bergegas ke tempat kejadian. Mak Uteh telah dibawa ke tempat kejadian untuk melihat keadaan Pak Uteh yang telah tidak bernyawa. Pegawai perubatan telah pun mengesahkan kematian Pak Uteh dan akhirnya jenazah dibawa terus ke rumah tanpa membuat pemeriksaan post mortem.
Mak Uteh insan yang paling rapat dengan arwah. Kehilangan arwah amat dirasai. Mak Uteh bergantung 100% pada arwah. Sedih, pilu menyelubungi diri ini. Melihatkan Mak Uteh mengalirkan air mata tatkala jasad arwah di depan mata. Sesekali terlihat Mak Uteh termenung, barangkali memikirkan nasib diri setelah pemergian suami tersayang. Dan akhirnya sekali lagi gugur air matanya. Pada ketika itu jam 2 pagi, Mak Uteh masih menantikan anak tersayang sambil duduk di sisi jasad arwah. Terlalu banyak perkara yang difikirkan Mak Uteh sehinggakan dia tidak senang duduk. Tepat 4.30 pagi, orang yang dinanti tiba. Belum sempat masuk ke rumah, Kak Ila meraung smbil menyebut "abah, abah, abah". Saudara terdekat sebelah Pak Uteh menenangkan Kak Ila. Sedih melihat dua beranak ini berpelukan sambil menangis. Kak Ila tentunya merasa terkilan kerana agak lama tidak berjumpa dengan arwah.
Arwah pergi dengan keadaan yang tenang. Wajah arwah jelas seakan tersenyum. Mungkin pemergiannya dengan cara yang baik iaitu tidak menyusahkan orang disekelilingnya. Cuma kita sahaja seakan tidak bersedia untuk menerima pemergian arwah.
Arwah selamat dikebumikan pada pukul 11.00 pagi, 18 Mei. Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup perlu meneruskan kehidupan seperti biasa. Di sebelah petangnya, telah diadakan majlis tahlil untuk arwah.
Kepada sekalian pembaca blog ini, sama2lah kita sedekahkan AL-Fatihah pada arwah. Tidak lupa juga kepada arwah Pak Long dan juga kepada insan yang telah lama meninggalkan kita. Semoga arwah di tempatkan dalam golongan yang beriman dan mendapat kenikmatan syurga hendaknya. Amin.. AL-FATIHAH...
P/S: Moga Mak Uteh dapat teruskan hidup seperti biasa walaupun tanpa insan tersayang. Amin...

1 comment:

azlin hj othman said...

takziah kepada keluarga arwahyarham,tiada apa yg kekal dimuka bumi ini.kepada keluarga arwahyarham semoga tabah melalui hari2 mendtg.kepada ahli keluarga yang lain juga diucapkan terima kasih kerana nampaknya bertungkus lumus membantu keluarga ini,teruskan sikap seperti ini untuk membantu org2 lain yg akan mengalami keadaan yg sama.jgn ada sikap memilih-milih utk menolong orang....akhir kata air di cincang tak akan putus.