Wednesday, February 17, 2010

Rombongan Menghantar Puan ke Tanjung Karang

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah Puan setuju untuk dihantar berubat di Tanjung Karang, Selangor. Ianya sebagai satu ikhtiar untuk mengubati kaki Puan. Rombongan yang seakan rombongan meminang (hu3) ini telah disertai oleh Pakteh, Makteh serta anaknya Syahmi, Busu, dan keluarga Cik Lah. Kami bertolak dari Kampung Gadek pada pukul 8.15 pagi. Trafik di pagi hari sungguh lancar dan memudahkan kami sampai ke perhentian yang pertama iaitu Petronas Bukit Jelutong pada pukul lebih kurang 10 pagi.

Sepatutnya kami jumpa Pak Usu di Shah Alam, di tempat yang telah dijanjikan, tetapi lebih kurang 10 minit menunggu, kami masih tidak nampak kereta Pak Usu dan kami juga gagal menghubungi Pak Usu. Kami terpaksa teruskan perjalanan tanpa Pak Usu kerana bimbang Puan tidak selesa duduk di dalam kereta agak lama. Perhentian kedua kami adalah di Masjid Kuala Selangor. Cik Minah telah menunggu seawal jam 10 lebih. Kemudian kami bersama-sama berkonvoi ke rumah Wak Muslim iaitu oang yang akan mengubati kaki Puan. Sedang dalam perjalanan ke rumah Wak, Pak Usu berjaya menjejak kami. Hebat sungguh pemanduan Pak Usu..hu3..Oklah tiada idea untuk berblog kali ni. Tengok je la gambar-gambar yang ada yer...




Gambar candid di dalam kereta Pak Teh. Apalah yang Puan buat tu ek? He3. Puan sedang membuat biji asam limau dari mulutnya. ;p..

Ini di Masjid Kuala Selangor. Apa yer nama Masjid ni..lupa lak saya. (^_^)
Orang kuat..Pak Usu mengangkat Puan sebaik kami tiba di rumah Wak Muslim.

"Pengantin" siap sedia untuk berubat...he3

Cik Minah, Mak Teh dan Busu tidak ketinggalan membuat pemeriksaan kaki. Cik Aleh pun sakit gak..sakit pinggang. Lupa pulak nak amik gambar time Cik Aleh berubat, sebab saya sedang menikmati minuman yang disediakan. hu3
Menantu kesayangan Puan....

Pak Tek dengan Cik Lah sakit bahu. Gambar PakTeh tidak dapat diambil kerana sangat censored. : )

Sekian sahaja, Wassalam...

Tuesday, February 16, 2010

Takziah...

Assalmualaikum wbt...

Takziah buat keluarga Suhaila binti Abdul Rahman atas pemergian anaknya pada 14/02/2010. Allahyarham dikatakan telah terjatuh dan lemas di dalam lubang yang berisi air (tak tahu lubang apa...sila lihat gambar di bawah) ketika bermain berseorangan di belakang rumahnya. Pemergian arwah terlalu mengejutkan dan tidak disangka-sangka kerana usia arwah yang terlalu muda. Namun Allah lebih sayangkannya, kita yang hidup perlu redha di atas permergian arwah. Al-Fatihah buat Fahruz Irham bin Abdul Rahman.

*Lubang yang telah mengorbankan nyawa Allahyarham Fahruz Irham

Nota: Sentiasa awasi anak-anak kecil kita supaya tidak bermain di tempat-tempat yang berbahaya dan jangan biarkan mereka bersendirian.

Friday, February 12, 2010

Salam Semua....

Assalamualaikum wbt...

Cuti yang panjang pada minggu ini, pastinya ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Mungkin ada juga yang ingin bercuti dengan membawa anak-anak berjalan. Bestnya kalau dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta, ianya boleh mengeratkan lagi silaturahim. Sebut pasal silaturahim, apa pendapat anda semua tentang keluarga besar Manas Zainal? Adakah ikatan silaturahim antara kita sudah cukup rapat? Fikir-fikirkan lah..hu3.

Rasanya sudah lama kita semua tidak berkumpul memeriahkan rumah Puan. Mungkin kemeriahan hanya dapat dirasa apabila tibanya Raya Puasa dan juga Raya Korban. Pastinya orang yang paling merindui saat-saat ini adalah Puan. Anak-anak, cucu dan cicit semua berkumpul dalam satu masa yang sama. Mungkin kita boleh tetapkan satu hari utnuk kita semua beramai-ramai berkumpul di rumah Puan. Terlanjur semua ada, bolehlah kita buat sedikit kenduri. Melihatkan keadaan Puan yang tidak sihat, apalah salahnya kita sama-sama gembirakan hati Puan. Dapat kita beri kata-kata semangat pada Puan yang sekarang ini hanya menyerah pada takdir yang bakal Puan hadapi. Puan memang seorang yang kuat semangat, semangat Puan itulah yang buatkan Puan terus bernafas sehingga ke saat ini.

Sedih saya melihatkan keadaan Puan. Selain terpaksa menahan kesakitan, Puan juga rindu pada anak-anaknya. Berhajat utuk berkumpul beramai-ramai. Apalah daya saya sebagai cucu untuk menyarankan semua untuk berkumpul beramai-ramai di rumah Puan. Mungkin ada antara kita yang sibuk dengan hal masing-masing.

Gembiranya hati kalau semua sekali dapat berbaik-baik semula.Lebih gembira hati Puan kalau kita semua dapat berkumpul beramai-ramai tanpa ada seorang pun yang tercicir.  Buang yang keruh ambil yang jernih. Tidak usahlah ada dendam, perasaan tidak puas hati terus berada di dalam diri kita. Buanglah ia jauh-jauh. Tidak ada gunanya kita bermusuh sesama kita. Siapa tahu, mungkin inilah hajat Puan yang terakhir. :(

Di ketika ini, Puan anggapkan yang dia menyusahkan anak-anak. Yang terpaksa menguruskan keadaan dirinya. Alahai, sedih sungguh saya melihatkan keadaan Puan. Puan tak sepatutnya anggap begitu, kerana itu memang dah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk menjaga ibunya.  Besar pahalanya jika kita dapat menjaga ibu kita, nak pula dalam keadaan sakit begini.

Maaflah jika apa yang saya coretkan diatas menyinggung hati dan perasaan semua. Maaf juga sekiranya tersalah kata dan bahasa. Jom...!!! Kita ke rumah Puan cuti ini..