Friday, February 12, 2010

Salam Semua....

Assalamualaikum wbt...

Cuti yang panjang pada minggu ini, pastinya ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Mungkin ada juga yang ingin bercuti dengan membawa anak-anak berjalan. Bestnya kalau dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta, ianya boleh mengeratkan lagi silaturahim. Sebut pasal silaturahim, apa pendapat anda semua tentang keluarga besar Manas Zainal? Adakah ikatan silaturahim antara kita sudah cukup rapat? Fikir-fikirkan lah..hu3.

Rasanya sudah lama kita semua tidak berkumpul memeriahkan rumah Puan. Mungkin kemeriahan hanya dapat dirasa apabila tibanya Raya Puasa dan juga Raya Korban. Pastinya orang yang paling merindui saat-saat ini adalah Puan. Anak-anak, cucu dan cicit semua berkumpul dalam satu masa yang sama. Mungkin kita boleh tetapkan satu hari utnuk kita semua beramai-ramai berkumpul di rumah Puan. Terlanjur semua ada, bolehlah kita buat sedikit kenduri. Melihatkan keadaan Puan yang tidak sihat, apalah salahnya kita sama-sama gembirakan hati Puan. Dapat kita beri kata-kata semangat pada Puan yang sekarang ini hanya menyerah pada takdir yang bakal Puan hadapi. Puan memang seorang yang kuat semangat, semangat Puan itulah yang buatkan Puan terus bernafas sehingga ke saat ini.

Sedih saya melihatkan keadaan Puan. Selain terpaksa menahan kesakitan, Puan juga rindu pada anak-anaknya. Berhajat utuk berkumpul beramai-ramai. Apalah daya saya sebagai cucu untuk menyarankan semua untuk berkumpul beramai-ramai di rumah Puan. Mungkin ada antara kita yang sibuk dengan hal masing-masing.

Gembiranya hati kalau semua sekali dapat berbaik-baik semula.Lebih gembira hati Puan kalau kita semua dapat berkumpul beramai-ramai tanpa ada seorang pun yang tercicir.  Buang yang keruh ambil yang jernih. Tidak usahlah ada dendam, perasaan tidak puas hati terus berada di dalam diri kita. Buanglah ia jauh-jauh. Tidak ada gunanya kita bermusuh sesama kita. Siapa tahu, mungkin inilah hajat Puan yang terakhir. :(

Di ketika ini, Puan anggapkan yang dia menyusahkan anak-anak. Yang terpaksa menguruskan keadaan dirinya. Alahai, sedih sungguh saya melihatkan keadaan Puan. Puan tak sepatutnya anggap begitu, kerana itu memang dah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk menjaga ibunya.  Besar pahalanya jika kita dapat menjaga ibu kita, nak pula dalam keadaan sakit begini.

Maaflah jika apa yang saya coretkan diatas menyinggung hati dan perasaan semua. Maaf juga sekiranya tersalah kata dan bahasa. Jom...!!! Kita ke rumah Puan cuti ini..

1 comment:

Anonymous said...

MEMANG ADA RANCANGAN UNTUK BERBUAT DEMIKIAN,TAPI KEADAAN BELUM MENGIZINKAN.TAMBAHAN PULA CUTI INI DITIMPA PERISTIWA TRAGIS LAGI.INSYA ALLAH KITA AKAN LAKSANAKAN SUATU HARI NANTI.BARU-BARU INI KITA BAWA PUAN SAMPAI KE TG KARANG UNTUK BERUBAT KAKINYA YG SAKIT TU.SAMA-SAMALAH KITA BERDOA AGAR PUAN CEPAT SEMBUH .AMIN