Pada hari ini genap setahun pmergian arwah Pak Uteh @ Cik Rahman.. Terlalu cepat masa berlalu, sedar tak sedar sudah setahun rupanya arwah pergi meninggalkan kita semua. Masih lagi terkenang saat-saat arwah masih bersama dengan kita semua. Paling tidak dapat dilupakan di saat pemergian arwah. Pemergian yang boleh dianggap sebagai pemergian yang mengejut walaupun kita semua tahu yang arwah sememangnya mempunyai penyakit asma. Arwah tidak menunjukkan sebarang tanda yang arwah akan pergi meningglakan kita semua. Mungkin Mak Uteh dapat rasakan tanda-tanda pelik yang arwah akan pergi meninggalkan dirinya.
Sudah ketentuan Ilahi, pada Dia lah kita datang, pada Dia jugalah kita kembali. 17 Mei adalah tarikhnya di mana Pak Uteh telah pergi meninggalkan kita semua.
Al-Fatihah buat arwah. Semoga arwah bersama-sama di letakkan di dalam golongan para syurga.
AMIN....
3 comments:
Al-fatehah buat arwah sama-samalah kita doakan semoga rohnya di tempatkan di kalangan syuhadah.Kita yang masih bernafas ini , ingatlah bahawa Allah Maha berkuasa ,bila-bila masa kita akan kembali kepadaNya.Buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilanrang.Taat perintah Allah,Nabi dan ibu bapa .Amin
tanpa sedar che rahman dh setahun meninggalkan kite sume...[al-fatihah]
kalo ikut salasilah kuage yg baru, che rahman = pak andak.
Post a Comment