Thursday, August 14, 2008

biografi Hjh Patimah @ Jeliah binti Busu

Biografi Hjh Patimah @ Jeliah binti Busu

Dilahirkan pada 20 Ogos 1927 di Kampung Gadek .Bapa beliau bernama Busu bin Md Amin dan Ibu beliau bernama Sarah binti Kechik .Merupakan anak tunggal dalam keluarga.Walau bagaimanapun beliau mempunyai tiga orang adik- beradik tiri bernama Zainun ,Rahim dan Liah.
Menjadi suri rumahtangga sepenuh masa sejak berkahwin. Mempunyai dua belas orang anak dan seorang telah meninggal dunia sejak kecil.Kini Hjh Patimah @ mempunyai 11 orang anak , 44 orang cucu dan 32 orang cicik.
Hajah Patimah @ Jeliah telah menunaikan ibadah haji pada tahun 1985 dan berkesempatan menunaikan umrah sebanyak dua kali.Kini mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis sejak 15 tahun yang lalu.Pertama kali dalam hidup dimasukkan ke wad hospital Melaka selama tiga malam pada awal tahun 2008 yang lalu.Berkat doa anak cucu , kesihatan belaiu bertambah sihat .

No comments: