Majlis Bacaan Yasin dan Doa SelamatBackdrop khemah utama
Sambutan Hari Keluarga Manas Zainal & Jeliah Busu 2008 telah berlangsung dengan jayanya
mengikut jadual dan telah mencapai objektifnya. Acara telah dimulakan dengan aktiviti gotong-royong pada pukul 8.30 pagi iaitu selepas sarapan bagi membersihkan laman kediaman Jeliah Busu selain menyediakan semua kelengkapan dan set up khemah utama. Aktiviti diteruskan dengan menziarah kubur arwah Manas Zainal bagi membersihkan kawasan kubur arwah selain bacaan tahlil oleh anak-anak,menantu serta cucu dan cicit. Tepat pukul 11.00 pagi, committee mula memeriahkan perkarangan kediaman dengan pelbagai acara di khemah utama seperti karaoke dan tayangan movie untuk kanak-kanak. Acara kemudian dimulakan dengan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Sementara pertandingan berlangsung di bawah khemah utama, sesi ramah mesra antara sanak saudara telah berlangsung di dalam rumah. Acara telah berhenti rehat untuk makan tengah hari sehingga solat zohor berjemaah.
Pukul 2.00 petang, sambutan telah dihangatkan lagi dengan acara sukaneka. Walaupun hujan renyai-renyai tetapi masing-masing telah memberi commitment yang tinggi bagi menjayakan sambutan hari keluarga pada tahun ini. Acara yang telah dipertandingkan untuk kanak-kanak adalah treasure hunt, bowling kelapa, pecah belon dan kerusi berirama. Sementara itu, bagi golongan dewasa, acara yang dipertandingkan ialah kotak beracun, bowling kelapa kategori lelaki dan wanita dan juga mini golf. Ternyata acara sukan seperti ini menghidupkan lagi sambutan hari keluarga yang julung kali diadakan apabila hampir kesemua daripada keluarga yang hadir telah menyertai acara yang dipertandingkan. Acara penyampaian hadiah juga telah dijalankan sebaik sahaja sesuatu acara selesai dipertandingkan. Slot sukaneka itu telah berakhir sekitar jam 5.00 petang dan diteruskan dengan agenda utama iaitu sesi bergambar yang dikendalikan sendiri oleh Paktam. Selesai sesi bergambar, program telah dihentikan pada pukul 6 petang untuk persiapan acara sebelah malam.
Disambung semula dengan solat maghrib berjemaah, dan kemudian diteruskan dengan solat hajat, bacaan Yassin dan doa selamat, ahli keluarga berkumpul bagi mendapatkan keberkatan serta mengaminkan doa yang diketuai oleh Tuan Imam Masjid As-Syakirin Kg Gadek. Selepas solat isyak, acara bertumpu ke khemah utama dengan sesi penyampaian cenderahati kepada seluruh anak-anak Manas Zainal & Jeliah Busu serta cucu-cucu yang telah berkeluarga. Beberapa tetamu telah dijemput untuk turut sama dalam sambutan kali ini.Mereka ialah saudara kepada Puan Jeliah Busu iaitu En Bahari, En Idris dan Tok Ahmad.. Mereka juga telah diberi penghormatan untuk memberikan hadiah untuk cabutan bertuah. Pada malam itu juga, committee telah sepakat untuk menyambut hari lahir Puan Jeliah Busu, Pakcit Roslan, Nur Izzatie dan Nur Eliza yang masing-masing telah dan akan menyambut hari kelahiran mereka. Pakcit Roslan telah mengambil kesempatan untuk mengumumkan bahawa telah berlaku pertambahan keluarga apabila Azlin Binti Hj Othman telah selamat melahirkan bayi lelaki. Pada malam itu juga, majlis yang dipengerusikan oleh En Shaharudin (Pak Bik) telah mengumumkan secara rasmi mengenai gelaran baru yang akan digunakan serta merta. Seluruh ahli keluarga boleh merujuk kepada blog ini sebagai rujukan atau merujuk di kediaman Jeliah Busu dan
diharap agar penyusunan dan penukaran gelaran ini tidak akan mendatangkan apa-apa masalah
kepada semua. Ia adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Majlis ditamatkan dengan sesi
karaoke yang berakhir pada pukul 12.00 malam seperti mengikut jadual.
Dengan berakhirnya program Sambutan Hari Keluarga Manas Zainal & Jeliah Busu 2008 itu,
diharapkan ia akan diteruskan pada masa akan datang. Pelbagai pendapat dan comment telah
diberikan. Ada juga beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memantapkan lagi sambutan seperti ini pada masa akan datang.
Alhamdulillah, kelihatan wajah-wajah gembira dan puas hati oleh mereka yang telah hadir dan menjayakan program seumpama ini. Penulis mewakili ahli jawatankuasa yang lain mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah sudi memberikan comitment yang begitu tinggi untuk program ini. Pohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang mengendalikan program ini. Sekian, terima kasih....
.jpg)
2 comments:
panjang betul karangan ni...siapalah yang rajin nak type ni? harap-harap ada orang yang rajin nak baca.hehe
bagus ada blog keluarga ini. saya mengikuti perkembangan blog ini juga. jika tidak keberatan, lawatilah blog keluarga kami pula di , http://www.hajjahpatimah.blogspot.com/
Post a Comment