Monday, December 29, 2008

Majlis Cukur Jambul Cucu Pak Anjang

Hari ini, 1 Muharam 1430 bersamaan dengan 29 Disember 2008, telah berlangsungnya Majlis Cukur Jambul cucu Pak Anjang Saad, Fariha Irdyna anak kepada pasangan Nurhanim dan Farizul di kediaman Pak Anjang di Kg Padang Sebang. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam


Renungan:
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak.

1 comment:

farizol_82 said...

a.kum, sy selaku ayah kpd Fariha mengucapkan bebanyak terima kasih kpd saudara mara krn sudi hadir ke majlis ini,tak dilupakan juga pd org kuat dapur iaitu chef paklang dn maklang kita. Lastly,terima kasih pd semua..